Saturday, December 27, 2008

Pelan lantai kelas prasekolah

Bagi sekolah yang belum mempunyai kelas prasekolah, guru yang bertanggungjawab perlu membuat beberapa persediaan sebelum menubuhkan sesebuah kelas prasekolah. perkara pertama yang perlu diambil perhatian ialah menyediakan pelan lantai yang bersesuaian. Pelan lantai merupakan asas dalam menubuhkan kelas prasekolah dan ianya amat penting bagi memudahkan proses selanjutnya. Dalam penyediaan pelan lantai ini, guru prasekolah perlu mengambil kira beberapa faktor seperti keluasan kelas, peralatan yang akan diletakkan didalam kelas, kesesuaian peralatan , jumlah dan saiz perabot dan jumlah murid. Semua aspek-aspek ini perlu dititikberatkan bagi menjamin keselesaan murid prasekolah dan juga memudahkan tugas guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penyediaan pelan lantai prasekolah yang baik harus mempunyai beberapa bahagian penting yang terasing iaitu bahagian dalam kelas yang merangkumi ruang pembelajaran, ruang dapur, ruang makan, bilik air, ruang rehat bagi kes kecemasan dan stor. Pelan lantai luar kelas prasekolah juga perlu di sediakan bagi reka letak alatan permainan untuk taman permainan kanak-kanak. Masalah utama dalam penyediaan pelan lantai ini ialah saiz kelas prasekolah yang selalunya tidak begitu luas dan menyukarkan guru untuk merancang susun atur peralatan dan perabut. Namun begitu guru harus menggunakan kreativiti tersendiri dalam menghasilkan pelan lantai dan dekorasi yang terbaik untuk keselesaan murid dan menepati kehendak komponen-komponen pembelajaran.

Ditulis Oleh : Mofazri Hari: 5:45 AM Kategori:

0 comments:

 

Blog Archive